Nur Hanum..sayang ku
Kau akan balik ke Thailand buat beberapa waktu, bagi mencari wang bagi kehidupan yang ada. Aku sedar sebagai suami gagal memberi nafkah waktu kini. Kerana kerunsingan dan kesusahan mu terpaksa aku merelakan kau pergi seketika. Tapi jauh di lubuk hati ku .. kerisauan yang amat sangat. Dapat kah kuatkan diri mu dari perbuatan lama mu. Aku risau pada kejadian 14.8.2010 jam 9 malam akan kau ulangi walaupun kau sudah berjanji dan bersumpah. Ketika aku menghantar di Jeti .. tiada apa antara kita nak di ungkapkan, hanya lebih banyak membisu. Sedang di depan mata lagi ku rindu, ini kan pula berjauhan.
Pemergian nya ke Thailand yang pertama kerana mencari BARUA Din yang telah berhutang dengan aku RM5,600.00 dan isteri ku hendak mengutip hutang tersebut. Semoga ALLAH sentiasa membantu misi isteri ku itu. Harapan kami kiranya hutang tersebut dapat di kutip, boleh kami buka perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan hidup dan pengajian anak.
Ya ALLAH.. Ya Rahman Ya Rahim.. kau pelihara lah isteri ku Nur Hanum dari kemungkaran, KAU beri kuatan Iman dalam dirinya seperti yang KAU telah berikan kepada mereka yang lain. Ya..ALLAH ..beri lah pertunjuk dan hidayah kepada isteri ku. AMIN.
