Khamis, 30 Disember 2010

NUR HANUM Cahaya Bahagia ABAH


Ya ALLAH jangan KAU pisahkan aku dan isteri kesayangan ku.
Kuatkan lah Iman nya, ampumi lah segala dosa nya,
Sihatkan lah tubuh badan nya, berikan dia ketenangan jiwa dan hati,
pelihara dia dari segala gangguan Iblis dan Syaitan.

Ya ALLAH
limpah kan kemurahan rezeki dan mudah lah segala urusan ibadah nya.
Bila nyawa nya akan KAU ambil pastikan dia telah sempurna Iman dan Islam nya
serta KAU masukan ia kedalam Syurga.

Ya ALLAH..Tuhan ku
Jika KAU pisahkan aku dan isteri kesayangan ku
biar lah berpisah nyawa.
Jodohkan kami suami isteri di dunia dan akhirat.
Berkati dan Rahmati lah jodoh kami.

Ya ALLAH
jangan KAU beri kesakitan dan kesusahan kepada isteri ku Nur Hanum
kerana dia lah cahaya kebahagian ku.

YA ALLAH
Rahmati dan Berkati isteri ku
NUR HANUM

AMIN Ya Rabal Alamin

Rabu, 18 Ogos 2010

BERADA DI DANOK

Hari aku berbual panjang dengan isteri ku di telefon. Kelmarin jam 12.00 malam Pitan (anak yang sulung) telah datang dari Hat Yai dan bawa dia ke Danok. Sekarang dia menumpang dengan seorang kawan yang berniaga kasut wanita berdekatan tempat tinggal nya. Kami berbincang berkaitan cara-cara dia nak dapatkan duit hutang dari Barua Din. Isteri ku telah berbincang dengan rakan lama nya di Padang Besar iaitu seorang pegawai Polis berhubung masalah ini.  Rakan nya sanggup membantu, tetapi dia perlu berhubung dengan rakan Polis di Danok terlebih dahulu.

Sebelum mengakhiri bualan aku menasihati dia supaya jaga diri, jangan berlaku perkara tidak elok. Juga menyatakan betapa aku sayang diri nya.

Doa ku .. agar ALLAH melindungi isteri ku Nur Hanum sentiasa dari sebarang perkara yang tidak elok dan semoga dia dalam keadaan yang selamat dan tenang.

Selasa, 17 Ogos 2010

PERMATA BUAT ISTERI KU (KOPRATASA)


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



Isnin, 16 Ogos 2010

YA ALLAH SELAMATKAN ISTERI KU

Nur Hanum..sayang ku

Kau akan balik ke Thailand buat beberapa waktu, bagi mencari wang bagi kehidupan yang ada. Aku sedar sebagai suami gagal memberi nafkah waktu kini. Kerana kerunsingan dan kesusahan mu terpaksa aku merelakan kau pergi seketika. Tapi jauh di lubuk hati ku .. kerisauan yang amat sangat. Dapat kah kuatkan diri mu dari perbuatan lama mu. Aku risau pada kejadian 14.8.2010 jam 9 malam akan kau ulangi walaupun kau sudah berjanji dan bersumpah. Ketika aku menghantar di Jeti .. tiada apa antara kita nak di ungkapkan, hanya lebih banyak membisu. Sedang di depan mata lagi ku rindu, ini kan pula berjauhan.

Pemergian nya ke Thailand yang pertama kerana mencari BARUA Din yang telah berhutang dengan aku RM5,600.00 dan isteri ku hendak mengutip hutang tersebut. Semoga ALLAH sentiasa membantu misi isteri ku itu. Harapan kami kiranya hutang tersebut dapat di kutip, boleh kami buka perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan hidup dan pengajian anak.

Ya ALLAH.. Ya Rahman Ya Rahim.. kau pelihara lah isteri ku Nur Hanum dari kemungkaran, KAU beri kuatan Iman dalam dirinya seperti yang KAU telah berikan kepada mereka yang lain. Ya..ALLAH ..beri lah pertunjuk dan hidayah kepada isteri ku. AMIN.

Khamis, 15 April 2010

Taiping dan Kenangan Indah 31 Julai 2009

Kenangan indah aku dan Hanum ketika berada di Taiping.
Maaf kan Abah jika ianya bukan kenangan indah buat mu Hanum.


Sabtu, 6 Mac 2010

SELAMAT HARI JADI ..SAYANG

Ya..Allah Yang Maha Esa
Kau sihatkan lah tubuh badan isteri ku Nur Hanum bt Abdullah
Kau sembuhkan lah segala penyakit isteri ku Nur Hanum bt Abdullah
Kau murahkan dan permudahkan rezeki isteri ku Nur Hanum bt Abdullah
Kau teguh dan kuat Iman isteri ku Nur Hanum bt Abdullah
Kau Rahmati dan Berkati isteri ku Nur Hanum bt Abdullah.
AMIN..

Hanum isteri Abah
maafkan abah kerana tiada hadiah
emas berlian atau permata
Abah hanya dapat berdoa sebagai hadiah untuk Hanum..

SELAMAT HARI JADI ISTERI KU NUR HANUM BT ABDULLAH

Khamis, 25 Februari 2010

NIKAH DI SATUN, THAILAND

29hb Disember 2009.
Jam 9.30am am, aku, Anum dan Nah menaiki feri ke Satun, Thailand. Lebih kurang sejam kami tiba di Jeti Temelang, Satun kami di jemput oleh Abg Wie dan terus ke rumah keluarga Nah. Tujuan aku ke sana untuk menikah lagi seorang dengan Nur Hanum bt Abdullah. Keputusan aku kali cukup nekad.

Setelah membuat urusan berkaitan, kami ke rumah tok Naib. Tiba di sana, tok naib mengambil dan mencatit maklumat diri ku dan bakal isteri ku, maka tepat jam 12.45pm (masa Thailand) aku telah di ijab kabul dengan Nur Hanum bt. Abdullah dengan mas kahwin sebanyak Bth3000 (RM330.00) oleh Naib Kadi Kampung Kaw Dong - Hj. Adam bin Mohamad. Majlis pernikahan dilakukan dirumah Naib Kadi, pernikahan disaksikan oleh Awang@Abg Wie dan Saad@Abg Ad (warga Islam Satun). Nah juga ada masa pernikahan.

Jam 4.30pm (waktu Thailand) kami suami isteri menaiki feri untuk pulang ke Langkawi.

Apa akan berlaku seterus nya ...!!??