Rabu, 18 Ogos 2010

BERADA DI DANOK

Hari aku berbual panjang dengan isteri ku di telefon. Kelmarin jam 12.00 malam Pitan (anak yang sulung) telah datang dari Hat Yai dan bawa dia ke Danok. Sekarang dia menumpang dengan seorang kawan yang berniaga kasut wanita berdekatan tempat tinggal nya. Kami berbincang berkaitan cara-cara dia nak dapatkan duit hutang dari Barua Din. Isteri ku telah berbincang dengan rakan lama nya di Padang Besar iaitu seorang pegawai Polis berhubung masalah ini.  Rakan nya sanggup membantu, tetapi dia perlu berhubung dengan rakan Polis di Danok terlebih dahulu.

Sebelum mengakhiri bualan aku menasihati dia supaya jaga diri, jangan berlaku perkara tidak elok. Juga menyatakan betapa aku sayang diri nya.

Doa ku .. agar ALLAH melindungi isteri ku Nur Hanum sentiasa dari sebarang perkara yang tidak elok dan semoga dia dalam keadaan yang selamat dan tenang.