Khamis, 25 Februari 2010

NIKAH DI SATUN, THAILAND

29hb Disember 2009.
Jam 9.30am am, aku, Anum dan Nah menaiki feri ke Satun, Thailand. Lebih kurang sejam kami tiba di Jeti Temelang, Satun kami di jemput oleh Abg Wie dan terus ke rumah keluarga Nah. Tujuan aku ke sana untuk menikah lagi seorang dengan Nur Hanum bt Abdullah. Keputusan aku kali cukup nekad.

Setelah membuat urusan berkaitan, kami ke rumah tok Naib. Tiba di sana, tok naib mengambil dan mencatit maklumat diri ku dan bakal isteri ku, maka tepat jam 12.45pm (masa Thailand) aku telah di ijab kabul dengan Nur Hanum bt. Abdullah dengan mas kahwin sebanyak Bth3000 (RM330.00) oleh Naib Kadi Kampung Kaw Dong - Hj. Adam bin Mohamad. Majlis pernikahan dilakukan dirumah Naib Kadi, pernikahan disaksikan oleh Awang@Abg Wie dan Saad@Abg Ad (warga Islam Satun). Nah juga ada masa pernikahan.

Jam 4.30pm (waktu Thailand) kami suami isteri menaiki feri untuk pulang ke Langkawi.

Apa akan berlaku seterus nya ...!!??